Keselamatan paling utama
Anda Mencari Khidmat Profesional Wiring Elektrik Mengikut Peraturan Suruhanjaya Tenaga (ST), Selamat, Bahan Berkualiti Dan Tahan Lama?
Nota: Suruhanjaya Tenaga adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang mengawal dan melaksanakan peraturan bekalan elektrik untuk kegunaan domestik dan komersial di Malaysia.
Buat Wiring Ni Biarlah Sekali Jer... Tapi Selamat dan Ikut Peraturan. Apa Guna Dah Belanja Ribu-Ribu. Takkanlah Nak Keluar Duit Lagi. Nak Baiki Macam-Macam Kerosakan Akibat Pemasangan Yang Tak Betul, Tak Selamat dan Caca Merba!
Tanda kebakaran di DB Box seperti ini mengundang berlakunya kebakaran seluruh rumah. Jangan anda ambil mudah dan abaikan perkara ini!
Bayangkan wiring di rumah anda baru saja buat tak sampai 5, 3, 2 atau 1 tahun tetapi dah macam-macam hal pelik berlaku. Trip sana sini, ‘tak cukup api’, ‘terlebih api’, banyak alat elektrik rosak disambar petir, ada cas renjatan, trip kalau petir dan macam-macam lagi!
Jadi, jangan anda ambil mudah dan abaikan perkara ini. Ia sangat membahayakan. Demi keselamatan diri dan keluarga anda. Tanpa disangka-sangka ia boleh menyebabkan kebakaran atau renjatan hingga kehilangan nyawa.
Sepatutnya wiring sesebuah rumah/premis berfungsi baik dan boleh bertahan sehingga 30 ke 50 tahun! (jika wiring berkualiti tinggi dan diselenggara dengan baik)
Nasihat Keselamatan: Biar Anda Modal ‘Besar Sedikit’ Permulaannya Tapi Tak Akan Rugi Lagi (Harta Benda Apatah Lagi Nyawa) Selepas Ini.
Elakkan Kebakaran Yang Menyebabkan Kerugian Besar atau Renjatan Elektrik Hingga Kehilangan Nyawa Kerana Salah Pendawaian,Tidak Selamat dan Tidak Ikut Peraturan!
Lihatlah berita-berita kebakaran dan maut akibat litar pintas di bawah ini… [banyak lagi berita-berita kebakaran di media berkaitan litar pintas dan yang berkaitan elektrik sehingga menyebabkan maut]
Apakah Punca Litar Pintas?
Ini tak lain tak bukan kerana pemasangan wiring yang tidak betul dan tidak mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga (ST). Tambahan lagi wiring tidak pernah diselenggara selepas beberapa lama.
Mungkin suatu masa dulu anda nak jimat kos tetapi memilih kontraktor pendawaian yang tidak mahir, tidak mementingkan keselamatan, tidak mempunyai ilmu pendawaian yang betul dan tidak sedar pun mereka hanya memikirkan pendawaian asal jadi sahaja!
Atau anda percaya sepenuhnya kepada kontraktor pilihan anda dengan membayar kos yang agak mahal tetapi mereka pula yang sengaja melaksanakan kerja dengan tidak profesional dan amanah.
Akibatnya selepas beberapa ketika berlaku pelbagai masalah termasuklah lintar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran dan kehilangan nyawa.
Bahkan terdapat kes terkena renjatan elektrik pada pemanas air mandian (water heater) sehingga menyebabkan kematian kerana pendawaian yang tidak betul dan tidak selamat.
Tonton video Mentor dan Guru kami di bawah ini akibat kerja-kerja kontraktor yang tidak amanah hingga menyebabkan risiko keselamatan dan kerugian.
Perkara Ini Boleh Dielakkan Jika Kita Mematuhi dan Memenuhi...
Buku Garis Panduan Pendawaian Elektrik Oleh ST Ini Yang Menjadi Rujukan Pemasangan Elektrik Yang Selamat Di Rumah | Premis Oleh Semua Kontraktor Elektrik!
Anda boleh membaca kandungan Garis Panduan ini jika ingin tahu (76 mukasurat semuanya)
Untuk Siapakah Buku Garis Panduan Ini?
Semua kontraktor elektrik tak kira kelas apa pun, sepatutnya menggunakan garis panduan ini untuk pemasangan pendawaian elektrik yang betul dan selamat. Tetapi masih ramai yang tidak mahu @ sedar adanya buku garis panduan ini.
Atau jika mereka tahu mereka mungkin sengaja tidak mahu menggunakannya (mengabaikan saja). Mungkin untuk jimatkan kos dan tingkatkan semaksima keuntungan mereka.
Kesannya kepada anda sebagai tuan rumah. Sudah tentu pemasangan pendawaian di rumah / premis anda tidak selamat dan akan bermasalah dikemudian hari (bukan sekarang tapi tunggu masa sahaja).
Lebih teruk lagi mereka yang memasangnya adalah warga asing yang hanya ikut-ikutan membuat kerja elektrik. Mereka buat asal jadi sahaja. Soal keselamatan dan cara yang betul tak diambil kira.
Anda selaku tuan rumah pula sibuk dan tak nak tahu apa pun bab elektrik! Serahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka. Memang tidak bernasib baiklah jika anda menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka.
Sepatutnya buku Garis Panduan inilah yang menjadi panduan dan peraturan pemasangan elektrik domestik (rumah) dan komersial (pejabat). Ia merangkumi garis panduan lengkap bagi pendawaian Fasa Tunggal (Single Phase) dan 3 Fasa (3 Phase).
Tiada lagi dakwa dakwi oleh sesiapa pun jika menggunakan buku panduan ini.
Hasilnya pendawaian anda selamat dan tahan lama! Safety is No. 1
FAKTA - Tahukah Anda?
Masalah Elektrik Tidak Akan Terus Timbul Selepas Siap Pemasangan. Tetapi Ia Akan Timbul Selepas 1 Bulan, 1 Tahun, 2 Tahun Mahu Pun Beberapa Tahun Kemudian Tanpa Diduga!
Oleh Itu Pemasangan Yang Betul Perlu Dilakukan Sejak Awal Lagi.
Dan Kami Mempunyai Jaminan Sehingga 5 Tahun!
Tonton video Mentor dan Guru kami di bawah ini akibat kerja-kerja kontraktor yang tidak amanah dan menyebabkan risiko keselamatan.
Apakah Jenis Bekalan Elektrik Yang Sesuai Untuk Domestik (Rumah) dan Premis Komersial (Pejabat / Kilang)?
Fasa Tunggal (Single Phase) dan 3 Fasa (3 Phase)
Terdapat 2 jenis bekalan elektrik ialah Bekalan Fasa Tunggal (1 Phase) dan Bekalan 3 Fasa (3 Phase).
Jenis bekalan ini akan ditetapkan oleh pihak TNB bergantung kepada kiraan Maximum Demand (MD) sesebuah rumah atau premis semasa permohonan baru untuk kemasukan bekalan elektrik dibuat kepada TNB.
Contohnya jika MD anda berada di dalam julat tertentu, dan anggaran jumlah arus elektrik maksima yang akan digunakan sepenuhnya pada satu masa ialah tidak melebihi 50A dan kurang 32A maka anda akan menerima bekalan kuasa 1 Fasa dengan 63A.
Manalaka sekiranya ianya menghampiri 63A maka anda akan diberi bekalan kuasa 3 Fasa.
Apa itu DB Box?
Pemasangan yang betul dan keselamatan bermula dari DB Box!
Distribution Box (DB) adalah kotak agihan dan pusat pendawaian bagi sesebuah sistem pendawaian di rumah / premis anda. Ia adalah tempat paling penting supaya sistem pendawaian berfungsi dengan selamat dan sempurna.
Di sinilah bermulanya perancangan sistem pendawaian dan tahap keseluruhan keselamatan pendawaian seisi rumah.
Sekiranya perancangan dan aturan di dalam DB Box ini tidak dibuat dengan betul bermakna sistem pendawaian berada dalam keadaan tidak selamat dan tidak menepati spesifikasi ST.
Apa itu Sub-DB?
Sesebuah rumah boleh mempunyai lebih daripada 1 DB Box. Iaitu samada 2, 3 atau lebih bergantung kepada saiz sesebuah rumah. Tujuannya supaya sistem pendawaian lebih teratur, tahan lama, menjimatkan kos serta mudah diurus dan diselenggara.
Contohnya di hadapan ruang tamu rumah terdapat 1 DB Box iaitu DB Box utama atau dipanggil Main DB dan tambahan 1 lagi DB Box di ruang dapur iaitu dipanggil Sub-DB.
Dengan adanya DB Dox di ruang tamu contohnya, ia boleh mengawal pengagihan kuasa di kawasan sekitar ruang parkir, tamu termasuk bilik-bilik, ruang menonton, ruang makan dan sekitarnya.
Manakala Sub-DB Box yang berada di dapur, ia boleh mengawal dan mengagih kuasa untuk sekitar ruangan dapur memasak, membasuh, bilik air dan lain-lainya. Ianya juga memudahkan penambahan point baru jika melakukan extension renovation (tambahan renovasi) rumah anda kerana ia boleh diambil dari Sub-DB Box berdekatan (jimat kos dan wiring lebih tahan lama).
Kedua-dua DB Box ini bersambungan di antara satu sama lain dan saling mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan mengikut spesifikasi ST.
Komponen DB Mengikut Spesifikasi ST
Fasa Tunggal (Single Phase)
1

Main Switch
C63 / C40 / C32
Punca kuasa utama dari TNB samada 63 atau 32A
5

MCB C6 / C10
Lampu / Kipas Siling / Loceng Penggera
2

SPD
(Surge Protector Device)
Alat Perlindungan Kilat
(Jika perlu)
6

MCB C16 / C20
Soket / Penghawa Dingin
3

RCCB / ELCB
63A / 40A / 32A
kepekaan 0.1A
Litar Cahaya / Kipas Siling
7

RCBO / RCCB C20
kepekaan 0.01A
Water Heater (bilik mandi) / Soket Dapur Basah
4

RCCB / ELCB
63A / 40A / 32A
kepekaan 0.03A
Litar kuasa / soket
8

MCB Spare
C6 / C10 / C16 / C20
(Jika perlu)
Sub-DB juga mempunyai komponen yang sama.
3 Fasa (3 Phase)
1

Moulded Case Circut Breaker (MCCB) 3 Pole C63 / C40
Punca kuasa utama dari TNB 63A
5

MCB C6 / C10
Lampu / Kipas Siling / Loceng Penggera
2

SPD (Surge Protector Device)
Alat perlindungan kilat
(jika perlu)
6

MCB C16 / C20
Soket / Penghawa Dingin
3

RCCB
63A / 40A
kepekaan 0.03A
Litar Kuasa / Soket Boleh juga menggunakan kepekaan 0.03A untuk kesemua litar.
7

RCBO / RCCB C20
kepekaan 0.01A
Water Heater (mandi) / Soket Dapur Basah
4

RCCB
63A / 40A
kepekaan 0.1A
Litar Cahaya / Kipas
8

MCB Spare
C6 / C10 / C16 / C20
(Jika perlu)
Sub-DB 3 Fasa juga mempunyai komponen yang sama.
Pembumian (Earthing)
Pembumian adalah satu perkara yang mesti ada dan sangat penting untuk tujuan keselamatan pengguna dan peralatan elektrik.
Fungsi pembumian adalah untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik hasil daripada sentuhan di antara bahagian beraliran terdedah yang hidup akibat sesuatu kerosakan.
Bahagian beraliran yang terdedah termasuklah logam bahagian luar alat elektrik, kondiut, kabel dan alat tambah lain.
Sambungan sistem pembumian dibuat di antara logam dalam pepasangan elektrik dengan jisim bumi.
Kabel pendawaian yang disambung di antara rod bumi dan bas bar pembumian di kotak agihan yang ditetapkan ST mestilah bersaiz minima 10mm2.
Bacaan rintangan pembumian yang dikehendaki mengikut peraturan ST ialah mestilah di bawah 10 ohm.
Setiap pemasangan pembumian yang dipasang mestilah diuji untuk mendapatkan bacaan dengan menggunakan alat Earth Tester seperti di bawah.
Kabel Pendawaian
Tahukah Anda? Apakah nama sebenar kabel pendawaian ini?
Peraturan Saiz Minima Kabel Pendawaian (PVC Insulated) Untuk Semua Fasa (1 atau 3 Fasa)
| Saiz Kabel | Tujuan Pendawaiaan / Jenis Peralatan |
| 1.5 mm2 | Lampu, Kipas Siling, Ekzos Fan |
| 2.5 mm2 | Soket (power point), Airkond < 2.5 HP |
| 4.0 mm2 | Water Heater, Mircowave / Oven (melibatkan alat pemanasan yang lama), Airkond 2.5 HP ke atas. |
| 10 mm2 | Pembumian, Sambungan ke Sub-DB, Sambungan dari Meter TNB ke DB Box untuk load 32A atau kurang. |
| 16 mm2 | Sambungan dari Meter TNB ke DB Box untuk load 63A dan ke atas. |
Saiz kabel yang lebih besar dapat menampung lebih kepanasan aliran tenaga elektrik, tahan lebih lama tetapi adalah lebih mahal.
Dapat menampung sesuatu kepanasan pada litar pendawaian adalah penting bagi menjamin ketahanan pendawaian dan mengelakkan berlakunya litar pintas akibat dari berlakunya kepanasan melampau yang boleh menyebabkan kebakaran.
Aturan (Best Practise) Warna Kabel Pendawaian
Merah Kuning Biru Putih = Kuasa / Live | Hitam = Neutral | Hijau = Bumi / Earth
Pemilihan warna kabel yang betul sangat penting untuk memudahkan pemasangan dan penyelenggaraan di masa hadapan. Setiap pemasangan sepatutnya mesti menitikberatkan kombinasi warna yang betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan caca merba pada pendawaian.
Setiap satu litar elektrik akan mempunyai 3 kabel yang berlainan warna. Setiap warna memberi makna dan fungsi kabel tersebut.
Ia juga menggambarkan profesionalisma sesebuah kontraktor dalam membuat kerja-kerja pendawaian sekiranya pendawaian dilakukan mengikut skima warna yang ditetapkan.
Gabungan Warna Kabel @ Wayar Mengikut Fasa
| Live / Kuasa | Neutral | Earth / Bumi | |
| Gabungan 1 | Merah | Hitam | Hijau |
| Gabungan 2 | Kuning | Hitam | Hijau |
Gabungan 3 | Biru | Hitam | Hijau |
Gabungan 4 | Putih | Hitam | Hijau |
Mana-mana salah satu gabungan warna boleh digunakan.
| Live / Kuasa | Neutral | Earth / Bumi | |
| Fasa 1 | Merah | Hitam | Hijau |
| Fasa 2 | Kuning | Hitam | Hijau |
Fasa 3 | Biru | Hitam | Hijau |
Kebiasaan @ best practise turutan warna pada setiap fasa iaitu (Red / Yellow / Blue).
Juruelektrik boleh menentukan aturan warna pada setiap fasa untuk memudahkan kerja-kerja pendawaian dan penyelenggaraan kelak.
Tahukah Anda Jenama dan Kualiti Kabel Pendawaian Yang Ada di Pasaran?
Kualiti Tinggi | Kualiti Sederhana | Kualiti Rendah |
|
|
|
Kami hanya melakukan kerja-kerja pendawaian menggunakan kabel berkualiti tinggi dan sederhana sahaja.
Kami tidak melakukan kerja pendawaian menggunakan kabel berkualiti rendah walaupun diminta oleh pelanggan. Apatah lagi sengaja membuat pendawaian menggunakan kabel berkuliti rendah.
Adakah Anda Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Profesional Kami?
- Pemasangan pendawaian elektrik rumah / pejabat baru.
- Pemasangan pendawaian / pengubahsuaian (renovation) rumah / pejabat.
- Pemasangan baru / pengubahsuaian / naik taraf DB Single Phase dan 3 Phase.
- Pemasangan plug (soket), suis, peralatan elektrik (kipas, lampu dan lain-lain).
Kenapa Kami Lain dari Yang Lain?
- Mementingkan ciri-ciri keselamatan untuk setiap pemasangan yang dilakukan.
- Hanya menggunakan kabel yang berkualiti tinggi dan medium sahaja.
- Hanya menggunakan komponen DB yang berjenama dengan kualiti tinggi dan sederhana sahaja. Kami tidak akan menggunakan jenama berkualiti rendah sama sekali.
Soalan Lazim
Tak perlu. Anda boleh terus membuat wiring sehingga siap tanpa perlu memohon kepada TNB. Sebarang kerja-kerja pendawaian di dalam rumah adalah kebebasan anda sepenuhnya.
Permohonan hanya diperlukan jika anda ingin:
- Memohon bekalan kuasa baru (meter).
- Menukar fasa bekalan kuasa dari Fasa Tunggal ke 3 Fasa.
- Sebagai mengawal overload (arus berlebihan).
- Mencegah litar pintas antara Neutral dan Live.
- Boleh menjadi Suis Utama (Main Switch).
Menjadi pemutus litar jika berlaku sentuhan antara:
- Live dan Earth
- Neutral dan Earth
Terdapat 2 saiz Amp cut-out yang disediakan oleh TNB:
- 32A
- 63A
Saiz minima kabel untuk:
- Cut-out 32A adalah 10mm2
- Cut-out 63A adalah 16mm2
Nilai voltage yang dibekalkan oleh TNB ialah di antara 216 hingga 254V untuk Fasa Tunggal.